Posted by: zabidin | Mac 7, 2009

IPOH

shr_200304_03_03_001

Stesen Kereta Api Ipoh

Ipoh
kuselak asalmu
dari sepohon upas*
di tebing sungai
kampung Melayu

Banjaran Kledang dan Titiwangsa
bukit batu kapur dan gua
Sungai Kinta membelahi perutmu
menyaksikan segala-galanya
betapa sebuah desa
Tanah Dato’ Panglima Kinta adalah
lembah permata bijih timah
pengikat kasih peneguh cinta

27 Mei 88 tanggal keramat
Ipohku sebagai bandaraya di celah gunung
permai dan damai
ibukota Perak Darul Ridzuan
limau tambun, kacang mengelembu
sate endut, rojak sotong, gua tambun,
sam poh tong adalah milikmu

jalan lebar sehala
Jalan Bendahara menyimpan cerita
Jalan Yang Kalsom menagih mimpi
Jalan Lahat kaya machinery
gedung dan kotak-kotak batu itu
nyatalah pusat segala-gala:
ekonomi, politik, agama, budaya dan ilmu

Ipoh bandarayaku
dan anak-anak Sungai Kinta:
Pinji dan Pari
cermin kedamaian;
gegunung dan bukit batu kapur
cermin pencapaian;
bunga kertas
cermin kepermaian.

Zabidin Hj Ismail

______________

(*) Upas atau umpas dikenali pokok ipoh. Nama saintifiknya ialah ANTIARIS TOXICARIA


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: