Kenali saya

haji-zabidin-size-passportZabidin Hj Ismail anak kelahiran Perak Darul Ridzuan; penulis, penceramah penulisan, aktivis persuratan Melayu Perak dengan keazaman; selagi menulis terus menulis. Presiden Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk] dan telah menghasilkan 5 buah buku; antaranya Mokhtar Dahari Wira Bolasepak Negara (1999-DBP); Pemikiran Politik dalam Novel-novel Ahmad Boestamam (2003-Visionpress,KL); Batu Masjid Permata Kami Setelah Seabad Berlalu (2007-PIBG SK Bt Masjid, Temoh) dan sudah menulis melebihi 30  tahun dan memenangi beberapa anugerah penulisan, termasuk Anugerah Sasterawan Perak dalam kategori Esei dan Kritikan pada tahun 2004 daripada Kerajaan Negeri Perak.

Di samping aktif menulis beliau adalah AJK Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak serta Timbalan Pengerusi Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan Penerangan Perak.

Kelayakan akademik – Diploma Pentadbiran Awam (UiTM); Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Komunikasi dan Sains Politik (UKM); Sarjana Sastera (UM) dan sedang menyiapkan tesis PhD di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

Beliau pernah dianugerahkan PJK dan AMP oleh Sultan Perak serta AMN oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

E-mel: zabidinismail@yahoo.com atau karyawanpk@yahoo.com atau karyawanpk@gmail.com ; 012-5070513

%d bloggers like this: