Posted by: zabidin | Mac 19, 2009

Latar Belakang Menara Condong Teluk Intan

menara-condong-teluk-intan-pada-waktu-siangMenara Condong yang terletak di suatu sudut Jalan Selat bersebelahan Jalan Pasar di jantung bandar Teluk Intan, Perak menjulang setinggi 85 kaki (25.5 meter) dari paras bumi. Reka bentuk binaanya agak unik dengan memaparkan keindahan seni pertukangan tradisional Cina iaitu pagoda sebagaimana binaan-binaan yang lazim terdapat di negara China. Seimbas pandang luaran menara ini kelihatan memiliki lapan tingkat berpandukan atap berbentuk payung yang dibina melingkari puncak menara. Tetapi hakikatnya ia hanya mempunyai tiga tingkat sahaja. Manakala sebanyak 110 anak tangga diatur melengkung bagi menghubungkan tingkat demi tingkat.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: