KUALA LUMPUR 5 Ogos – Sasterawan Negara, Prof. Dr. Muhamad Hj Salleh malam ini diumumkan sebagai pemenang Anugerah Tokoh Akademik Negara 2008.
Pemilihan Muhamad Hj Salleh, 67, berdasarkan sumbangannya dalam bidang kesusasteraan Melayu dengan menghasilkan 15 koleksi puisi, lima antologi sastera dan 12 buku kritikan bahasa.
Anugerah dalam bentuk trofi, wang tunai RM80,000 dan sijil penyertaan disampaikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sebuah hotel di sini. – Utusan
Tinggalkan Jawapan