Posted by: zabidin | Mac 14, 2009

Memori: Malam Puisi Menara Condong

Kulit Buku Atur Cara MPMCmenara-condongdsc_0019

Walaupun bangunan purba ini sudah condong sekitar tahun 1890-an tetapi penduduk-penduduk tempatan masih mengenalinya sebagai menara Jam Tinggi. Jolokan Menara Condong Teluk Intan hanya popular sekitar pertengahan tahun 1990-an melalui karya sastera dan laporan akhbar oleh penulis-penulis tempatan bagi mengangkat statusnya di peta pelancongan antarabangsa kerana ia mirip Menara Pisa atau nama rasminya Torre Pendente Di Pisa di Itali sekali gus menempa nama sebagai menara condong kedua di dunia selepas Pisa.

Atas kepentingan tersebut, jolokan nama Menara Condong Teluk Intan telah diistiharkan dengan rasminya oleh Encik Mustapha Saat (kini: Dato’) , Pegawai Daerah merangkap Yang diPertua Majlis Daerah Hilir Perak (MDHP) dalam majlis Malam Puisi Menara Condong (MPMC) anjuran Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) pada 10 Disember 1994 . MPMC yang mendapat kerjasama dan sokongan bulat daripada pentadbiran daerah Hilir Perak merupakan agenda simbolik yang bertujuan untuk mempamerkan hasrat penulis-penulis tempatan dalam usaha mereka bagi menarik perhatian awam dan pihak berkewajipan supaya menara tersebut terus dipulihara. Hasrat ini terkandung dalam antologi puisi Menara Condong yang diedarkan kepada hadirin pada malam tersebut yang berbunyi begini:

Usaha mengamit perhatian masyarakat terhadap warisan sejarah tempatan yang mula terpinggir di tubir kekecundangan. Justeru sebagai simbol gesaan kepada Muzium Negara supaya mewartakan Menara Condong Teluk Intan sebagai mercu tanda sejarah yang wajar dipulihara.

 Usaha memperkenalkan warisan sejarah tempatan kepada masyarakat penulis luar Perak khasnya dan pelawat amnya sebagai destinasi pelancong yang menarik


Tujuan MPMC ini bertepatan kerana pada waktu itu (1994) bangunan purba tersebut berdiri dicelah-celah gerai-gerai usang di sepanjang Jalan Selat tanpa disedari oleh pelawat luar kecuali bila mana ketika jamnya berbunyi. Menara itu seolah-olah tinggal sepi walaupun ia menyimpan khazanah sejarah yang tinggi nilainya serta boleh dieksploitasikan sebagai produk pelancongan. (petikan buku Menara Condong Teluk Intan ke-2 di dunia)


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: