Posted by: zabidin | Januari 19, 2009

Belasungkawa buat Haji Sazalee Yacob

Gambar Tahun 2000

Gambar Tahun 2000

Penyair dan penggiat sastera tanah air, Haji Sazalee Hj Yacob, 47, telah kembali ke rahmatullah pada Ahad, 18 Januari 2009 jam 6.50 pagi akibat serangan jantung di rumahnya di Kampung Badak Mati, Kota Bharu, Kelantan. Allahyarham baru 11 hari pulang dari tanah suci.

Semasa hayatnya, Sazalee merupakan fasilitator penghayatan sastera dan budaya di bawah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di samping aktif dalam kegiatan sastera semenjak tahun 80-an lagi. Sebagai seorang penulis Allahyarham banyak menghasilkan puisi serta beberapa kali memenangi pelbagai sayembara penulisan dan deklamasi puisi termasuk di peringkat kebangsaan.

Kebanyakan puisi beliau terkumpul dalam antologi puisi Huruf Tenggala buku puisi perseorangan dan beberapa antologi bersama penulis-penulis terkenal negara.

Puisi-puisinya juga sering menjadi pilihan peserta dalam Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan seperti Lanskap Sebuah Taman Merdeka di Halaman Kembang, Sepatu Ini, Sejahtera Selamanya Warga Tua dan Setelah Menjadi Burung.

Antara puisi Allahyarham yang memenangi anugerah ialah Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampung yang meraih Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2003. Selain itu puisinya turut memenangi Hadiah Sastera KEMUDI (1994), hadiah utama Hadiah Sastera Utusan-Public Bank (HSUM-PB 1994), Hadiah Puisi Kebangsaan (1995) dan hadiah saguhati HSUMB(1995).

Di samping bergiat aktif dalam penulisan puisi, Allahyarham juga rajin menjalankan aktiviti sastera lantaran sebagai Setiausaha Majlis Teater Kelantan dan Ahli Jawatankuasa Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan.

Allahyarham meninggalkan isteri, Hanipah Nok, 44, seorang guru dan empat anak yang berusia 16 hingga 22 tahun. Al Fatihah.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: