Posted by: zabidin | Disember 16, 2008

Rafidah dahului senarai 279 penerima darjah kebesaran


Hj Zabidin No.2 dari kiri

Hj Zabidin No.2 dari kiri

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz mendahului senarai 279 penerima darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka pada 7 Jun.

Rafidah, yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menerima darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri pada majlis istiadat penganugerahan bintang dan pingat di Balairong Seri, Istana Negara, di sini.

Lima orang menerima Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Negeri Johor, Datuk Zahri Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus, Pengerusi Eksekutif ECM Libra. Datuk Kalimullah Masheerul Hassan serta dua pesara kerajaan iaitu Datuk Salim Hashim dan Datuk Othman Lebai Saad.

Supt Musa Mohd Safri menerima Kesatria Setia Diraja manakala atlet pejalan kaki negara. Yuan Yu Fang adalah antara 88 penerima Ahli Mangku Negara (AMN). Turut menerima AMN ialah Haji Zabidin Ismail, Penulis dan Presiden Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk]. Selain itu, tiga orang menerima Johan Mangku Negara (JMN), 15 Johan Setia Mahkota (JSM), 41 Kesatria Mangku Negara (KMN) dan 125 Pingat Pangkuan Negara (PPN). BERNAMA


Responses

  1. Setinggi tahniah di atas pengurniaan anugerah. Moga jadi pendorong untuk terus berkarya.

    • Sdr Jiwarasa, terima kasih.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: