Posted by: zabidin | November 18, 2008

APABILA MALAM SEMAKIN MALAM

Memperkenalkan kumpulan puisi terbaharu penyair Suhaimi Haji Muhammad, Penerima S.E.A Write Awards 1995 yang mengandungi 79 kuntum sajak tidak termasuk Tulang sebuah sajak panjang sebagai lampiran yang pernah diterbitkan pada tahun 1986. Suhaimi tersohor sebagai penyair surealis dan mistik telah melahirkan sebanyak 25 buah kumpulan puisi perseorangan, 3 buah kumpulan cerpen perseorangan dan sebuah kumpulan esei kritikan sastera. Suhaimi mula menulis pada tahun 1950. Katanya; aku tulis Apabila Malam Semakin Malam ini sebagai satu sejarah bagi diriku, yang dituju khas kepada diriku sendiri, kepada teman yang bercerita dan berduka, yang tercalar bersamaku, dan kepada mereka yang selalu bergelak lucu-ketawa yang berkonspirasi, menggembeleng tenaga sakti, untuk menghancur-lumpuh dan melenyapkan diriku dari lentera jagat buana ini.

Suhaimi Haji Muhammad anak kelahiran Kuala Kangsar ini memiliki potensi sebagai Sasterawan Negara yang berikutnya, InsyaAllah.

Tajuk: Apabila Malam Semakin Malam

Tahun terbit: Oktober 2008

Penerbit: Suhaimi Haji Muhamad (tel: 05-5274187)

Alamat Penerbit: 3971 Jalan Tempua, Kg. Dato’ Ahmad Said Tambahan Dua, Manjoi, 30020 Ipoh, Perak

ISBN: 978-983-44254-0-1

Jumlah halaman: 114 muka surat

Harga: tidak dinyatakan

file00021

Para pengunjung yang berminat memiliki buku ini bolehlah menghubungi Suhaimi Haji Muhammad di alamat seperti di atas.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: