Posted by: zabidin | Oktober 10, 2008

BUKU BARU

Tajuk: Pelanggaran Mimpi
Karya: Ramli Daud
Penerbit: Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk]
Tahun: Oktober, 2008
Halaman: 198
ISBN: 978-983-2155-94-2
Genre: Cerpen (Kumpulan Perseorangan)

Resensi: Pelanggaran Mimpi menghimpunkan 20 buah cerpen Ramli Daud (AJK Karyawan Pk) yang bertemakan pelbagai persoalan kemanusiaan yang berlaku di kawasan tanah rancangan Felda dan masyarakat Melayu di luar bandar sejajar dengan pengalaman penulisnya sebagai peneroka Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak. Keistimewaan cerpen-cerpen Ramli Daud terletak pada latar masyarakat Felda, gaya bahasa tersendiri yang menerapkan dialek Perak dan ketelusan watak-wataknya mengucapkan isu-isu seharian masyarakat Melayu dengan jujur, berterus terang dan sinis tetapi berhikmah.
Pelanggaran Mimpimerupakan kumpulan cerpen persendirian yang kedua karya Ramli Daud sesudah kumpulan cerpen pertamanya yang berjudul Melarik Waktu (DBP:2001). Sesungguhnya, Ramli Daud mencatatkan sejarah yang tersendiri dalam dunia kesusasteraan tanah air kerana satu-satunya peneroka Felda yang kini berusia 71 tahun dan masih aktif menulis dan pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia (1982-1983) menerusi cerpennya Tandan Tua (Berita Minggu, 20 Februari 1982).
Buku ini diterbitkan dalam Siri Penerbitan Karyawan Pk [PINTAR] yang telah dilaksanakan semenjak 1994 lagi. Pelanggaran Mimpi adalah buku ke-8 yang diterbitkan menerusi PINTAR. Dr Talib Samat daripada UPSI, Tanjong Malim bertindak mengutarakan secebis kata pengantar bagi penerbitan ini.
Ramli Daud, PJK adalah anak kelahiran Kampong Batu Hitam, Kg. Gajah, Perak dan kini menetap di B-101, Jalan Peladang, Felda Sungai Klah, 35600 Sungkai, Perak; talian silaturrahim: 0165161706


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: