Sembah salam Sencular De Barramade di bawah langit Sepanyol September 20, 1519. Desir angin berangkat angkatan Ferdinand Magellan terlalu sayu membawa aku membelahi alam. Nusantara, seorang aku anak timur penuh nostalgia tanah bunda terdampar di sini dibawa gelora Selat Melaka 1511. Aku, Panglima Awang menyarung baju barat buat harga secebis nyawa. Aku berterima kasih pada perang mengajar melihat seluruh buana, menjadi kerdil aku di sisi Tuhan. Nusantara dalam lembut bayu timur, berilah sekeping simpatimu bagi membayar kelelahanku di lautan. Telah kuhadiahkan Pulau Guam sebagai tugu bukti kesinambungan kita.
Nusantara, aku kepingin merasai lembut bayu timurmu!
ZABIDIN HJ ISMAIL Grupemuisi Karyawan Pk (Mingguan Watan, 2 Julai 1995)
_______________
(*) The Huschinson Encyclopedia, London, 1988 m.s. 746
Nota: Hari ini (20 September 2008) genaplah 489 tahun sejarah terukir yang merakamkan seorang Melayu bernama Panglima Awang memulakan pelayaran mengelilinggi dunia bersama-sama Ferdinand Magellen bermula dari Sepanyol.
Tinggalkan Jawapan