Posted by: zabidin | September 14, 2008

AIDILFITRI 1413

Aidilfitri kau datang lagi tahun ini
amat perlahan menyimpuh teratak ibu
mengisi setiap sudut ruang kedukaan
yang kehilangan serak suara tadarus
ayahanda sepanjang Ramadan
yang kehilangan getar tahmid
ayahanda di pagi raya.

Dalam ucap puji kebesaran Tuhan
aku pasti ibu menitiskan airmata
mengenang ayahanda berpulang ke alam baqa
ibu, selepas subuh pagi raya ini
aku berziarah ke kubur ninda tetapi tidak
ke makam ayahanda. Aku tidak upaya ke Tanah Suci.

Ibu, jika kau terlalu sayu
aku pun teramat sendu. Aidilfitri tahun ini
bukan milik kita.


ZABIDIN HJ ISMAIL

(Al Islam, April 1993)


Responses

  1. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut aidil fitri.

    Gembira dapat berkenal penyajak hebat spt sdr.

    Kassim Selamat

  2. Sdr Kasim Selamat,
    Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Salam perkenalan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga sdr sihat-sihat selalu. Banyakkan sabar dan reda terhadap kepayahan dan kelelahan yang menimpa sdra.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: