Posted by: zabidin | September 13, 2008

BAGAN DATOH* (Sempena ulangtahun seabad)

Pekan kecil pinggir muara
menganjur tenang jauh ke Selat Melaka
sudah seabad berjasa melahirkan para mualim dan ulama
sejarahnya bermula di Pasang Api
mendaratkan peneroka Batu Bara
kerana seekor penyengat menggigit Tok Kelah
menerima petunjuk
membuka perkampungan terpencil
lalu ia dikenali Sungai Keling yang tidak rasi
bertukar Pekan Baru menjadi Bagan Datoh yang tersohor
Mitos ini tidak bermula di sini!
bukankah Beting Beras Basah menyangkutkan
bahtera Raja Muzaffar
lalu tidak membuang pedang Cura Simanja Kini
kecuali muatan diraja
nasihat pawang banginda menyelam ke dasar laut
tujuh hari tujuh malam
peliknya, sesudah itu bahtera bias belayar ke Ayer Mati
untuk agenda pertabalan.
Puaka beting ini sudah berusia empat ratus tahun
tidak terkaji akal manusia kenapa kadangkala ia tenggelam dalam lautan!
Bagan Datoh yang intim dengan lambaian dedaunan kelapa
telah bangkit dari alam tradisi mengapai impian
sempena seabad ini, projek multiringgit membenamkan
tebing yang kian retak
selut lumpur muara Sungai Bernam dan Sungai Perak
menjadi pelabuhan dagang dan bandaraya selat
menjunjung kehendak alaf baru, pemimpin besar
Dalam menjejaki denai alaf baru
kita perlu dirubah dan sanggup berubah
menjunjung akalbudi memartabatkan akarbaka
pedoman generasi seratus tahun nanti.
Jejak warisan seabad telah ditinggalkan
menyusur kini langkah modenisasi menuju kecemerlangan
mengolah beradaban dan ketamadunan madani
satu agenda besar “Bagan Datoh nombor satu”

ZABIDIN HJ ISMAIL
Karyawan Pk
10 Ogos 1997
_______________
(*) Puisi ini dihadiahkan kepada Y.B Dato’ Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Dewan Rakyat kawasan Parlimen Bagan Datoh (1995-kini) yang telah berjasa terutama mengilhamkan Perayaan Ulangtahun ke-100 Tahun Bagan Datoh pada 28 Julai 1997-p


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: