Posted by: zabidin | Julai 7, 2008

Kita Serupa*

Kita menjunjung langit memijak bumi
di Negara bertuah ini
menabur keringat menyulam benang kasih
pada selembar ambal putih
dan membentang hamparan ikhlas
menuju cita-cita

kita adalah serupa
senada dan seirama dalam gemersik
tarian wawasan kemanusiaan maha penting
dalam kehidupan melampaui susur-galur leluhur
kikis habis daki-daki dengki bersalut warna
berselaput prasangka

kita sebenarnya telah dewasa
menilai akal budi, falsafah serta cita perdana
kita sebenarnya telah dewasa
menyanjung setia budi bersendi susila
menjunjung seberkas sopan beralas santun

kita adalah warga terbaik
dari sebuah negara tercantik
setia ibarat bilah-bilah lidi tersimpul ikat
cubit paha kiri paha kanan tersakit jua
umpama aur bersanding tebing
aur tidak tumbang
tebing tidak retak
kita adalah warga terbaik
dari sebuah negara tercantik
melangkah bersama keberanian
seraya mengikis segala dugaan
menuju kepastian.

ZABIDIN HJ. ISMAIL
Teluk Intan, Perak
(Antologi Pelangi Keakraban, Fajar Bakti: Shah Alam, 1997. hlm.18-19)

___________
*Sajak ini memenangi hadiah saguhati Pertandingan Menulis Puisi Perpaduan anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Malaysia pada tahun 1995


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: