Posted by: zabidin | Jun 29, 2008

Batu Masjid seratus tahun berlalu

Kampong Batu Masjid google map
KAMPONG BATU MASJID,Temoh, Perak dibuka pada 1895 oleh Lebai Tenggam serta beberapa orang pengikutnya. Hutan belantara yang diteroka kira-kira 112 tahun yang silam itu, lama kelamaan telah melebar dan membentuk beberapa penempatan kecil orang-orang Melayu seperti Kg. Tanah Seribu, Kg. Terendam, Kg. Padang, Kg. Jawa, Kg. Baru, Kg. Pasir dan Kg. Hj. Tahir tetapi istimewanya, masih terus ditadbirkan oleh seorang ketua kampung. Batu Masjid mendapat nama daripada sebuah bukit batu yang terletak di hujung Kg Tanah Seribu yang bersempadan dengan Keramat tin. Bukit batu itu mempunyai sebuah gua gelap yang menyeramkan. Namun demikian sewaktu dijumpai oleh Lebai Tenggam dan pengikutnya, gua itu mempamerkan keanehannya yang tersendiri kerana acapkali mengeluarkan suara muazin mengalunkan azan setiap kali masuk solat fardu. Menurut cerita lisan, gua itu merupakan tempat tinggal orang bunian. Sebab itulah Pawang Ana; salah seorang pengikut Lebai Tenggam menamakan kawasan tersebut sebagai Kampong Batu Masjid, kekal sehingga sekarang walaupun beberapa penempatan baru muncul tetapi namanya masih berkekalan meskipun kawasan asalnya sudah lama tidak digunakan sebagai perkampungan sebaliknya bertukar menjadi belantara semula. Setelah seratus tahun berlalu, buku ini cuba membongkar sejarah silamnya yang terpendam sekian lama untuk tatapan generasi Lebai Tenggam yang kian “hilang” susur-galur keturunan mereka. Buku ini diberi kata pengantar oleh Prof Dr Muhammad Bukhari Lubis, Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim adalah karya terbaru penulis Zabidin Hj Ismail dan dijual pada harga RM 15.00 termasuk belanja kiriman. Jika anda ingin memesan buku ini, sila e-melkan pesanan kepada Burhan_helmi30@yahoo.com

Gambar-gambar majlis pelancaran buku tersebut:

Advertisements

Responses

  1. Salam Tuan,

    Tahniah di atas kelahiran buku ini. Moga menambah khazanah penulisan dan sejarah dan budaya bangsa,

    Saya pulang ke Chepor, setiap hujung minggu. Jika ada kesempatan boleh ketemu. Saya berhajat mahu memiliki buku ini.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: