Posted by: zabidin | Mei 19, 2008

Presiden Serigala

Dia bukan manusia sempurna
hatinya, api
mindanya, bara
matanya melihat sengketa
melihat durjana
melihat nestapa
itu,
sebagai mainan kuasa
angkuhlah ia
sombonglah ia
menodai Iraq dalam ibu segala perang
mengusir Taliban dari Afghanistan
merantai Saddam dengan tali barut Syiah dan PBB
Saddam yang berani
adalah seorang suni
tanpa dipeduli OIC
akhirnya dia kecundang di tali guni

kesihan
Saddam dikorbankan pada 10 zulhijah
ketika 2.8 juta tetamu Tuhan melontar Syaitan
di Mina

kesihan
Saddam dikorbankan pada 10 zulhijah
dengan bantuan tangan-tangan keji Syiah
di Iraq

kesihan
Saddam dikorbankan pada 10 zulhijah
ketika umat Islam bertakbir merayakan
aiduladha

Hari itu hari yang hina bagi warga tertindas
hari itu hari yang hina bagi umat Islam
tidak akan luput dari ingatan kemanusiaan
jelmaan busuk hati seorang presiden

Dia bukan manusia sempurna
hatinya, api
mindanya, bara
matanya melihat sengketa
melihat durjana
melihat nestapa
itu,
sebagai mainan kuasa
angkuhlah ia
sombonglah ia

Dia presiden serigala
jenama kebanggaan zionis
dia bukan manusia sempurna
hatinya, api
mindanya, bara
matanya melihat sengketa
melihat durjana
melihat nestapa
itu,
sebagai mainan kuasa
angkuhlah ia
sombonglah ia
dia presiden serigala!!

ZABIDIN HAJI ISMAIL
Ipoh
3 Januari 2007

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: