Posted by: zabidin | Mei 19, 2008

Belasungkawa Aceh

Sesudah duha tergelincir menggamit zuhur
dua puluh enam disember dua ribu empat itu,
Tuhan mengutuskan tsunami membahammu, Serambi Makkah
dari Tapak Tuan dan Meulaboh lokasi barat sisi Lautan Hindi,
gelombang besar menjulang kasar menggempur
desa-desa pinggiran Laut Andaman,
Sigli dan Lhoksumawe di lokasi timur
ganasnya gelombang itu merempuh Ulee Lhuee di Kota Raja
menghempas pantas menjauh ke masjid Raya Baiturrahman
rumah Tuhan itu selamat!

Ya Allah, ujilah umat-Mu yang tegar menepis ujian
Ya Allah, Maha Suci Tuhan sekelian alam
telah ternyata kalimah-Mu: kun fa kun; jadi, maka jadilah ia
tsunami dari Laut Hindi menuju daratan sekilat pesawat
MasyaAllah harta benda punah menjadi puing hanyut di bawa air
MasyaAllah ratusan jasad terdampar berkapan di mana-mana
puluhan ribu anak-anak kecil menjadi sebatang kara
sejarahkah ini, selepas empat puluh tahun tsunami
datang dengan kerakusan tanpa belas
melibas daratan Asia Selatan dan pinggir Afrika
tanpa peduli kepada Aceh yang Islami

Tanah Rencong ini
gerbang masuk Islam ke Nusantara zaman bahari
menjulang Samudra, Perlak dan Pasai semerbak
harum di langit zaman
menjulang Hamzah Fansuri, Shamsuddin al Sumatrani,
Abdul Raof Singkel dan Nurdin al Raniri ulama tersohor
nama melebar seantero alam sebelah sini
Aceh inilah suatu ketika memerintah Darul Ridzuan
perkasa tenteranya berani memerangi Peringgi
puteranya, Malikul Salleh menyeberangi selat membuka Beruas
kisahmu adalah pesaka kita jua!

Duka duha sahabat – sahabat di Aceh
pedih dan sedih tapi redalah kalian suratan takdir
bahawa musibah itu iktibar untuk menagih keinsafan
wajar kita langsungkan sisa kehidupan
kemusnahan dan derita itu ujian keimanan
jangan diratapi kehancuran
jangan dikesali kemusnahan
biar kami utus simpati kemanusian
biar kami rawat jiwa nestapa kedukaan
Aceh!
bangun semula dari kemusnahan
bangun semula dari kehancuran

Hj Zabidin Ismail
Angkasapuri, Kuala Lumpur
13 Januari 2005


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: