Posted by: zabidin | Mei 11, 2008

ACEH DITERJAH TSUNAMI

Sesudah gelombang maut dari laut menjilat,
melibas dan menerjah tanah rencong ini,
tanpa simpati dan empati: tsunami, tsunami, tsunami.
kembali aku mengingati dan merenungi puisi-puisi Aceh sedekad lepas:
‘tali temali Aceh-Perak’ – Aceh menikahi Perak dalam gerbang pengantin sejarah menyelami teluk madu kasih dulu-dulu;
‘sketsa sebuah kota’ – di dada langit Banda Aceh kulihat jernih anyaman awan tipis memayungi masjid Baiturrahman dalam Festival Islam Serambi Makkah
‘Aceh’ – dengan megah menganyam budaya Melayu; tersimpul dalam gubahan spritual sebuah kota yang jarang sekali menolak para wisatawan; aku yang sebenarnya lelah dengan kemodenan bertemu diri di sini!
‘Aku datang ke kotamu, Aceh’ – melebarkan simponi ulee sikota raja; yang pernah melintasi selat, menjejak kota getir kota perang, suku abad panjang tidak pernah kecundang, menganyam lidah mualim
‘Indong Balee’ – benteng para janda, membisik rahsia keperwiraan seorang isteri, khazanah sejarah sebuah kota
demikian; kisah Aceh pernah melekat di hati,
tersangkut pula di hilir krueng raya, mengenangi Pak Amir &
Pak Abu Samah antara arwah tsunami.
hanya Pak Mustafa sempat menghantar khabar pasrah.
begitulah; tanah cantik ini menjadi padang jarak selepas hari natal lalu kerana gegar dasar bumi, kerana petaka musibah tsunami.
tragedi alam ini pun terjadi atas ketentuan yang Satu
demikan; tsunami – ombak maut bergulung-gulung membaham daratan Aceh dan sepuluh lagi negara-negara Asia-Afrika (tanah airku pun tidak terkecuali)
hebat tsunami ini, menghancurkan bumi rencong sesuka hati
dengan libasan ombak mengondolkan tanah daripada hutan,
meruntuh kediaman daripada kayu dan batu-batan menghanyut kenderaan menjadi puing-puing sarap membawa mayat tersadai dan bersepai di merata-rata namun ajaibnya ia membiarkan masjid berdiri kukuh di pusat kemusnahan itu.
Lihatlah Baiturrahman masih tegak sayu di jantung kota mayat, Banda Aceh.
demikian; keajaiban ini mengundang keinsafan betapa kita terlalu kerdil dan kecil di sisi-Nya betapa tsunami memberi pesan dunia ini sudah pun ditubir usia; hari kiamat pun hampir tiba!

ZABIDIN HJ ISMAIL

Angkasapuri, Kuala Lumpur

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: