Posted by: zabidin | Januari 27, 2010

Karya terbaharu

Karya terbaharu Zabidin Hj Ismail terbitan Penerbit Universiti Malaya, 2010Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam
Author:Zabidin Haji Ismail • ISBN: 978-983-100-439-5 • Price: 35.00

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.

Posted by: zabidin | Oktober 26, 2009

Za’ba – pejuang kemerdekaan tanah air dan Bahasa Melayu

Susunan oleh R.K.SHYAMALA (Mstar Online)

Za'ba sat-satunya pendita di Malaysia

Za'ba sat-satunya pendeta di Malaysia

Pendeta Za’ba berjuang dengan menggunakan penanya dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu.

PENDETA Za’ba atau nama sebenarnya Zainal Abidin Ahmad tidak pernah mengenal erti berputus asa dan pernah berjuang untuk meninggikan martabat Bahasa Melayu suatu masa dahulu.

Semasa mengajar di Kolej Latihan Sultan Idris, beliau berusaha untuk menyerapkan syarat-syarat aturan tatabahasa Arab dan Bahasa Inggeris dalam buku-buku teks sekolah dan bahan-bahan bacaan umum dalam Bahasa Melayu.

HASIL KARYA ZA’BA

Artikel pertamanya yang berjudul “Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling” diterbitkan sebanyak dua kali dalam akhbar Utusan Malaya.

Buku pertamanya yang bertajuk Umbi Kemajuan, merupakan menulisan semula karangan rencana keugamaan yang diterbitkan pada tahun 1932.

Za’ba mula menulis secara aktif semasa beliau menjadi guru sementara di Johor Bahru pada tahun 1916.

Bakat Pendeta Za’ba terserlah kerana beliau menyentuh mengenai aspek-aspek bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan dan politik dalam hasil karyanya.

Karyawan yang disegani ini pernah mengarang cerpen, novel dan buku-buku rujukan tatabahasa dalam Bahasa Melayu.

Antara hasil karyanya ialah Journalism in Malaya yang diterbitkan pada tahun 1947, Ilmu Mengarang Melayu (1934), Pelita Bahasa Melayu I, Pelita Bahasa Melayu II dan Pelita Bahasa Melayu III (1958).

Seorang penulis yang bernama Dharma Wijaya menggambarkan Pendeta Za’ba sebagai seorang pejuang Bahasa Melayu yang sentiasa ditunjangi oleh ketabahan, kecekalan dan keyakinan.

“Perjuangan Za’ba lebih menjurus kepada kegiatan keilmuan khususnya dalam pendidikan, penyelidikan dan penulisan,” ujar Dharma Wijaya dalam satu teks ucapan.
Buku mengenai Za’ba.

Untuk menghargai sumbangan pendita Za’ba dalam bidang penulisan, Universiti Malaya menamakan salah sebuah perpustakaannya sempena namanya (Perpustakaan Peringatan Za’ba) untuk mengenang jasa beliau kepada perkembangan Bahasa Melayu.

LATAR BELAKANG

Buku Pendeta Za'ba

Buku Pendeta Za'ba

Za’ba dilahirkan pada tahun 1895 di sebuah kampung terpencil yang terletak dekat Batu Kikir, Jempol Negeri Sembilan.

Beliau berasal dari sebuah keluarga yang kuat beragama, oleh itu tidak hairanlah penulis ini telah belajar berkhatam Al-Quran, menghafal Surah Yassin dan berzanji ketika usianya mencecah tujuh tahun.

Pendita pujaan ramai ini hanya menjejakkan kakinya ke sekolah pada usia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir. Dan kemudiaannya, bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk mendalami ilmu pengajian Arab dan Islam lanjut.

Penulis ulung ini merupakan pelajar Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang menghabiskan zaman persekolahannya (Senior Cambridge) dari darjah satu hingga darjah enam dalam jangka masa enam tahun.

Pada tahun 1917, Za’ba melangkah ke alam perkhawinan dan mempunyai seorang anak perempuan.

Namun, ianya tidak kekal lama. Karyawan ini kemudiannya berkhawin sekali lagi dengan Fatimah Umar dan menjaga anak perempuannya itu.

USAHA MENENTANG PENJAJAH

Za’ba, merupakan seorang pejuang tanah air yang berani mengetengahkan aspek kemunduran masyarakat Melayu pada zaman pemerintahan British melalui hasil karyanya.

Tindakannya itu pernah mengundang kesangsian pihak British yang pernah mengehadkan hasil karyanya.
Za’ba duduk dari tempat kedua dari kanan. Gambar ini diambil pada bulan Ogos 1929. -Foto THE STAR

Penulis agung ini suka bergiat aktif dalam perkhimatan masyarakat. Beliau menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada tahun 1937.

Pada tahun 1946, pendeta ini dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO di kongres menentang pembentukan Malayan Union.

Beliau keluar dari dunia politik selepas Piagam Umno diterima dan diluluskan.

PERJALANAN KARIER

Za’ba pernah berkhimat sebagai seorang guru di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1918.

Kerjayanya sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London bermula pada tahun 1947.

Kemudiannya, Za’ba bersara dari perkhimatan kerajaan ketika berumur 55 tahun.

Penulis ulung ini dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department (JPM)) di

Za'ba berkot hitam pada Ogos 1929 - Foto Star

Za'ba berkot hitam pada Ogos 1929 - Foto Star

Universiti Malaya, Singapore pada tahun 1953.

Dengan bantuan Ungku Aziz, Za’ba menjadi pengasas pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun berikutnya, membentuk Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya.

Karyawan yang menjadi tulang belakang penggunaan Bahasa Melayu yang kita gunakan kini, menerima gelaran Pendeta secara rasmi pada tahun 1956.

Za’ba atau nama sebenarnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad meninggal pada 23 Oktober 1973 pada usia 78 tahun.

Posted by: zabidin | Ogos 30, 2009

Gapena bantah hapus identiti bangsa, kaum, agama

Laporan Malaysiakini

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) menuntut kerajaan supaya tidak menghapuskan identiti bangsa, kaum dan agama dalam sebarang borang rasmi kerajaan seperti dicadangkan pihak tertentu sebelum ini.

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku. Jika dihapuskan identiti, maka seluruh perjuangan untuk mengangkat status bumiputera akan terhapus atau tidak diberi penegasan,” kata Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein.

Tuntutan itu terkandung dalam Deklarasi Inderapura Pahang Darul Makmur yang dikeluarkan sempena Seminar Kenegaraan dan Jati Diri Melayu 2009 hari ini, lapor Bernama.

Prof Ismail berkata, pihaknya akan menyembahkan deklarasi itu kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan juga Raja-raja Melayu yang lain dalam masa terdekat.

Deklarasi itu juga mendesak kerajaan supaya memansuhkan segera Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), sebelum bermula sesi persekolahan Januari tahun depan.

Beliau berkata, pemansuhan PPSMI yang sebelum ini diputuskan pada 2012, seharusnya dibuat serta merta dengan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dan bukan lagi secara dwibahasa.

Katanya tindakan tersebut adalah wajar dan boleh dilaksanakan memandangkan keputusan pelaksanaan PPSMI enam tahun lepas mampu dibuat serta merta.

“Dulu masa kerajaan mahu tetapkan PPSMI, boleh dibuat sekelip mata tetapi mengapa nak memansuhkannya tidak boleh pula, kenapa mesti tunggu sehingga 2012,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kandungan deklarasi tersebut.

Beliau berkata tindakan pemansuhan segera itu dilihat boleh menyelamatkan pelajar yang mungkin gagal dalam peperiksaan disebabkan kelemahan mereka menguasai Bahasa Inggeris.

Ismail berkata kandungan lain deklarasi itu ialah Gapena meminta kerajaan menyediakan peruntukan besar bagi menampung kos pasarana pengajaran dan pembelajaran, elaun guru, menambah guru pakar, penterjemahan dan penerbitan buku serta penambahan peralatan multimedia.

“Kita juga mahukan Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua fakulti peringkat pengajian tinggi awam dan swasta seperti mana sebelum tahun 2003,” kata beliau.

Bagi membina jati diri bangsa, beliau berkata Gapena mencadangkan mata pelajaran Sastera dan sejarah kebangsaan negara dijadikan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat pengajian dan aliran.

Posted by: zabidin | Ogos 12, 2009

Dharmala NS meninggal dunia

Dharmala NSSasterawan dan budayawan Dharmala NS atau nama sebenar beliau Abdul Muluk Daud meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira 8.45 pagi ini akibat sakit jantung.

Abdul Muluk, 62, yang turut mesra dengan panggilan Pak Dharma meninggalkan seorang balu dan enam orang anak – empat lelaki dan dua perempuan, antara 16 hingga 31 tahun.

Balunya Adiah Matlana, 54, berkata Dharmala diserang sakit jantung selepas bersahur bersama ahli keluarganya di Taman Seri Gombak, Selangor pada 4 Ogos lepas, lapor Bernama.

“Pak Dharma terus dikejarkan ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga dan dimasukkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) sehingga menghembuskan nafas terakhir pagi ini,” katanya kepada agensi berita itu.

Abdul Muluk juga pengendali laman blog Warga Prihatin Malaysia (Prima).

Adiah berkata jenazah allahyarham dikebumikan di kampung asalnya di Kampung Bachang Mantin, Jelebu selepas solat Asar.

Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar.

Novel hasil buah tangannya termasuklah Hanya Tinggal Kenangan, Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, sementara cerpennya pula Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara II (antologi bersama), Sayembara III.

Drama TV karyanya antaranya Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah.

Posted by: zabidin | Ogos 11, 2009

Dr Anwar Ridhuan sasterawan negara ke-10

Novel Anwar Ridhuan

Anwar  Ridhuan

Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan atau nama lebih popularnya Anwar Ridhwan hari ini diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke-10.

Pemilihan beliau diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media di pejabat di Putrajaya.

Pengumuman menteri pelajaran boleh dianggap sebagai hadiah ulang tahun kelahiran Dr Anwar ke-60 yang baru merayakannya 5 Ogos lalu.

Anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu menerima hadiah wang tunai RM60,000, termasuk kemudahan mencipta karya sastera, kemudahan menerbit karya dan kemudahan perubatan percuma kelas satu di hospital kerajaan.

Sebanyak 50,000 naskhah daripada karyanya juga dijamin akan dibeli kerajaan. Karyanya yang sesuai pula akan diterjemah kepada bahasa asing.

Dr Anwar akan menerima anugerah berprestij itu daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 20 Ogos ini di Kuala Lumpur.

Sebagai budayawan yang kritis dan mengolah isu kuasa dalam karyanya, Dr Anwar turut lantang mempertikaikan dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Bekas pengarah penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu yang terkenal dengan novel Naratif Ogonshoto – satira politik yang mengecam kerakusan orang berkuasa.

Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada 2000 melalui novelnya itu turut terkenal dengan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Arus.

Dr Anwar menghasilkan empat novel, empat kumpulan cerpen, empat drama, sebuah kumpulan sajak dan tiga buku esei. Selain Naratif Ogonshoto dan Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, drama Yang Menjelma dan Menghilang diterjemah kepada bahasa asing.

Manakala drama pentasnya pula telah puluhan kali dipentaskan dalam pelbagai majlis.

Lulusan pengajian Melayu Universiti Malaya itu pernah mengikuti program penulisan antarabangsa di Universiti Iowa, Amerika Syarikat pada 1986 dan menjadi profesor pelawat di Tokyo University of Foreign Studies (1997-2000).

Beliau kini bertugas di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) sebagai dekan Fakulti Penulisan.

Beliau sebelum ini dikurniakan Anugerah Sastera Perdana pada 2002 yang dianggap anugerah kedua paling berprestij selepas Sasterawan Negara.

Anugerah yang diperkenalan pada 1979 menjadi pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada penggiat sastera bahasa Melayu yang memberi sumbangan cemerlang-oleh Jimadie Shah Othman (Malaysiakini)

muhammad hj salleh 1991KUALA LUMPUR 5 Ogos – Sasterawan Negara, Prof. Dr. Muhamad Hj Salleh malam ini diumumkan sebagai pemenang Anugerah Tokoh Akademik Negara 2008.

Pemilihan Muhamad Hj  Salleh, 67, berdasarkan sumbangannya dalam bidang kesusasteraan Melayu dengan menghasilkan 15 koleksi puisi, lima antologi sastera dan 12 buku kritikan bahasa.

Anugerah dalam bentuk trofi, wang tunai RM80,000 dan sijil penyertaan disampaikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sebuah hotel di sini. – Utusan

Posted by: zabidin | Julai 28, 2009

Kaunter Buku Rao diserbu!

Kamarudin Hj Ismail menayangkan buku Puisi Rao NusantaraP7250032P7250031DSC_0004DSC_0024DSC_0009DSC_0007DSC_0200DSC_0012P7250085DSC_0006

Sekondak-Hati-FinalBuku-buku di atas akan dijual dengan harga
istimewa kepada semua peserta seminar. Selepas
itu harganya kembali asal dan besar kemungkinan
tidak dijual di pasaran terbuka. Sesiapa yang
membeli buku Puisi Rao Nusantara dan Sekondakhati
sekaligus akan dihadiahkan car sticker sekondakhati
yang cantik lagi menawan hati.

Datang! Jangan tak datang…kita jumpa di UPSI.

Puisi-Rao-Nusantara-FinalBuku Rao Di Sana Sini

Poster Seminar Rao

Posted by: zabidin | Julai 19, 2009

Buku Sekondakhati muncul di UPSI

Muka DepanSempena Seminar Melayu Rao Malaysia tiga buah buku akan muncul serentak pada 25 Julai nanti iaitu Rao di sana-sini, Puisi Rao Nusantara dan Sekondakhati. Buku sekondakhati diterbitkan oleh Altacom, penerbit Melayu di Jitra Kedah yang menawarkan isi berwarna-warni berbentuk eksklusif serta setiap pembelian Sekondakhati akan diberi percuma car sticker.  Buku ini mengandungi 10 bab yang mencangkupi pelbagai segmen mengenai masyarakat Rao termasuk makanan, coretan serta tokoh. Anda tidak bisa melepaskan peluang ini.Akan muncul pada 25 Julai 09 di UPSI

Posted by: zabidin | Julai 12, 2009

RAO DI SANA SINI MUNCUL DI UPSI PADA 25 JULAI 2009

Kulit brosur Seminar Melayu Rao Malaysia pada 25 Juai di UPSI

Kulit brosur Seminar Melayu Rao Malaysia pada 25 Julai di UPSI

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kertas Kerja dan Penerbitan Buku sempena Seminar Melayu Rao Malaysia, Hj Zabidin Ismail yang juga Presiden Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) memaklumkan bahawa semua kertas kerja yang dibentang dan kertas kerja sisipan akan dibukukan supaya dapat dijadikan rujukan baik untuk pusat sumber di Malaysia mahupun di Indonesia, khususnya di Sumatera Barat serta dijual kepada awam khususnya orang Rao dalam usaha menambah dana JARO. Justeru setiap pembelian buku ini bermakna anda telah menyumbang sedikit wang untuk tabung JARO.

Buku terbitan JARO ini disunting oleh Prof Dr HM Bukhari Lubis (Timbalan Presiden Karyawan Pk), Prof Madya Dato’ Paduka Dr Mohd Rosli Saludin (UPSI) dan Dr Talib Samat (Ahli Jawatankuasa Karyawan Pk) dan direka-bentuk oleh Redzuan Shah b. Datu Sahadun (UPSI). Tajuk buku ini ialah RAO DI SANA-SINI yang mengandungi 12 kertas kerja berikut:

• Asal Usul Orang Rao: ditinjau dari Peninggalan Kebudayaannya
Dt Amran Dpt Jorajo S.Pd (Rao, Pasaman, Sumatera Barat)

• Sejarah Penghijrahan dan Diaspora Masyarakat Rao di Malaysia
Prof Dr HM Bukhari Lubis (UPSI/Karyawan Pk) dan Afriadi Sanusi (Universiti Malaya)

• Sumbangan Tokoh-tokoh Rao Terpilih dalam Tamadun Bangsa Melayu di Malaysia
Dr Hj Talib Samat (UPSI/Karyawan Pk)

• Tuanku Rao: Riwayat Hidup Tokoh Paderi di Kawasan Utara Minangkabau
Prof Dr Mestika Zek (Universiti Padang, Sumatera Barat)

• Hubungkait Adat dan Budaya Minangkabau Pagar Ruyung dengan Masyarakat Rao Malaysia
Prof Dr Puti Reno Raudha Thaib (Universiti Andalas, Padang, Sumatera Barat)

• Komunikasi Puisi Tradisional Rao
Prof Madya Dato’ Paduka Dr Mohd Rosli Saludin (UPSI)

• Sejarah Asal Usul Rao
Syamsuruddin (Rao, Pasaman)

• Peranan dan Aktiviti Surau dalam Masyarakat Melayu Rao
Afriadi Sanusi (Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

• Adat dan Seni Budaya Rao
Edi Erman S.Ag. M.A (Rao, Pasaman)

• Bosar Limo Boleh Rao
Edi Erman S.Ag. M.A (Rao, Pasaman)

• Hubungan Rao dan Perak Melalui Penerokaan Penempatan Baru
Zabidin Hj Ismail (Karyawan Pk)

• Kedatangan Rao ke Negeri Sembilan dan Hubungan dengan Adat Perpatih
Prof Madya Dato’ Paduka Dr Mohd Rosli Saludin (UPSI)

Buku Rao di Sana Sini setebal melebihi 300 halaman dengan cetakan kulit tebal dan tipis serta memuatkan intisari kata pengantar oleh Dato’ Seri Mohd Khalil Hj Hussein, Yang Dipertua JARO, Profesor Dato’ Dr Aminah bt Ayob, Naib Canselor UPSI dan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi Permodalan Nasional Berhad. Tidak ketinggalan juga disisipkan rumusan kertas kerja oleh Dato’ Mohammad Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Seminar Melayu Rao Malaysia.

Buku ini boleh didapati semasa seminar berlangsung di UPSI dan sekarangpun boleh ditempah bagi mengelakkan kehabisan kerana JARO menerbitkannya dalam jumlah naskhah yang terhad. Tempahan boleh dibuat melalui Setiausaha JARO, Encik Tahirruddin Ahmad, No 6C Ruang Niaga, Dewan Bandaraya Ipoh (DBI), Jalan Ghazali Jawi, 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Telefon: 05-5480462 / 016-5200550.

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

Kategori